REVIEW : PILIHAN DIAPERS SIMANJA ANDA


Assalamualaikum and greetings

Dengan lambakan lampin pakai buang dekat pasaran sekarang ni. Mesti mommies out there tak tahu jenama mana yang lebih bagus dan price worthy untuk si manja anda. So, I would like to share what types of diapers yang Inara use(d). Manalah tahu boleh jadi reference ke kan. Hewhew. Alhamdulillah, setakat ni Inara dah pakai few different brands, and so far, kulit dia ok towards most the diapers, no rashes or bendaneh yg muncul. In case kalau your kids mula rasa xselesa or bendaneh muncul, stop pakai sbb mgkin xsesuai dengan kulit simanja anda. Gittew. So here are the few types of it:

MamyPoko Extra Dry (L 9-14kg) 50pcs
Inara start pakai mamypoko since newborn, diapers memang tebal, lembut, besar panjang and lebar. Harga agak mahal compared to other brands but worth it. Sekarang Mamypoko pakai untuk travel je sebab memang tahan lama and stay dry up to twelve hour except when ur baby poopoo or kencing banyak. Haruslah ditukar cecepat. Kita pun kalau pants basah xselesa kan, same goes to baby. Plus, baby's skin kan mudah kena rashes.

Genki Tape (L 9-14kg) 62pcs
Stay home diapers. Ha, ini pakai sehari2 kat rumah. Memang lembuttt je. Daya serapan pun ok. Tapi permukaan luar pampers tu agak nipis sikit, so bila anak2 xpakai seluar and agak lasak, permukaan luar tu mudah dan cepat berbulu tapi xde la sampai tahap terburai kena kutip sepanjang anak berjalan. Harga ok je sederhana.

Huggies Dry (L 8-13kg) 60pcs
Stay home diapers. Ini pun pakai bila dekat rumah. Size Huggies ni agak kecik kalau nak dibandingkan dengan brand lain yg Inara pernah pakai. Daya serapan ok and harga pun ok. Surprisingly, walaupun nampak kecik tapi tape dekat pinggang tu macam extension so memang kemas melekap dekat pinggang. Dan setakat Inara pakai memang belum pernah bocor.

PetPet Night (L 10-14kg) 50pcs
Night use diapers. Biasa pakai diapers malam start pukul ±10, dan kebiasaannya mmg tahan up to twelve hour la, and itu dah berat sangat la tu bangun je terus kena tukar (Inara woke up around 10/11). Tak bocor, size pun agak besar tapi kecik sikit dari mamypoko. Harga mahal 3,4 ringgit berbanding petpet biasa.
Petpet biasa pun Inara ada pernah guna untuk daily uses jugak. Harga ok, daya serapan dan ketebalan pun ok.

Huggies Swimmers (M 11-15kg) 11pcs
Swimming pants. Pakai bila masuk kolam je.  Differ from diapers biasa is that dia xkembung so xdelah jelly diapers terkeluar. Iyekk pulak nanti. Setakat masuk pool ni, belum pernah lagi pulak Inara poopoo, dia seronok main air je. Getah pinggang and bahagian crotch tu memang grip betul, so xterlorot dan mungkin juga tak tercicir. Hehe.

Huggies Dry Ultra pants (M 6-12kg)
Haaaa, dalam bebanyak yg Inara pakai, ini je yg kulit dia tewas. Merah2 rashes+macam melecet lagi2 dekat area getah crotch tu. Nasib baik beli memang sikit sebab masa beli ni, terlupa bawak pampers dia and dia pulak terbebe terpaksa la beli.

Kalau takut nak beli sbb nanti jadi membazir bila takpakai, boleh je sign up for samples dekat websites for that particular brands you wished to buy, ataupun beli packaging yang kecik dulu, tengok anak serasi baru beli yang besar or bundle punya. Kebiasaannya beli bundle lebih jimat.

Tips konon2 : Price range dekat mall memang agak pricey compared to Lazada or baby shop. Brand petpet biasa beli dekat baby shop dalam 29.90 bila masuk mall dalam 35-40 and akan jadi 29.90 bila dia claimed ada promo je😅. Kalau beli dekat Lazada pun jimat jugak delivery free, just order and tunggu je barang sampai. Yang paling penting beli ikut kemampuan dan keserasian kulit anak.

So, mommies. Diapers yang mana yang jadi pilihan anda dan simanja?

Drop your comments/thoughts below and feel free to follow me.

Blog is still under maintenance. Sorry for the mess

xoxo,
AirinRoslan

Comments

Popular posts from this blog

STARTING FRESH

VAKSIN PNEUMOCOCCAL: VAKSIN TAMBAHAN UNTUK ANAK ANDA

PENJAGAAN GIGI BAYI