PERSEDIAAN UMRAH ANAK KECIL
Assalamualaikum and greetings,
Post kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit persiapaan
dan persediaan umrah untuk Inara. Mana lah tahu boleh dijadikan rujukan dan
simpanan kepada sesiapa yang bercadang untuk menunaikan umrah bersama anak
kecil. Masa tunaikan umrah bulan Mac tempoh hari, Inara dah setahun 3 bulan. Post kali ni agak panjang, jadi,
selamat membaca dan semoga bermanfaat!
1)
Berapa harga pakej? Flight macam mana?
Harga yang ditawarkan untuk pakej bawah 2
tahun sebenarnya berbeza-beza bergantung pada khidmat travel agent yang anda
guna. Untuk Inara, bayaran pakej termasuk pengurusan visa, flight ticket+20kg
luggage, meals, dan penginapan pula, of course la infants stay with parents
kan, so total keseluruhan pakej tu lebih kurang RM1500.
Gambar visa pun diperlukan jadi boleh ke
mana-mana kedai gambar untuk ambik gambar bersaiz visa (jangan lupa mention
pada orang kedai), kerana saiz gambar visa dan passport tidak sama. Bagi yang
tidak mempunyai passport, boleh buat di mana-mana Jabatan Imigresen ataupun
UTC. Bayaran yang dikenakan RM100 untuk tempoh 5 tahun. Dokumen yang diperlukan;
Sijil kelahiran anak dan I/C Ibu/Bapa.
Masa saya pergi tu, tiket Inara tertulis
INF means infant, jadi 8 jam tu la saya kena pegang dia. Kadang-kadang dia main
dekat walkway tu, lepas tu merengek-rengek nak tidur. Agak kurang selesa la
jugak, jadi kalau perlukan seat tambahan untuk anak, mungkin boleh bertanya
direct pada travel agent (harga mungkin berbeza) ataupun notify travel agent
untuk request seat yang ada baby bassinet. Masa take-off dan landing boleh
susukan dia sebab air-pressure inside cabin mungkin akan menyebabkan anak anda
tidak selesa.
2)
Persediaan Pakaian
a)
Pampers
12 hari 10 malam, saya packingkan lebih kurang
50keping pampers untuk Inara, budget satu hari 3@4keping lepas tu lebihkan la
sikit. Manalah tahu, banyak poopoo ke tembus ke kan, sekurang-kurangnya dah ada
extra.
b)
Pakaian
Untuk baju pulak, saya bawak dengan bajet 2
helai sehari dengan extra. Baju dia boleh recycle pakai. Means, kita boleh
basuh la, bawaklah sikit sabun basuh baju dia, jangan bawak sebotol pulak takut
tak lepas nanti nak bawak, sebab liquid satu hal, takut tumpah kena baju lain
satu hal lagi. Saya banyak bawak baju yang agak nipis sebab saya pergi bulan
Mac, cuaca pun dah mula panas jadi lebih selesa kalau dia pakai baju yang agak
nipis. Jangan lupa cek ramalan cuaca dan buat survey dekat internet untuk tahu
keadaan cuaca kat sana, jadi kita tahulah baju apa yang sesuai untuk dibawa.
Tuala saya bawak 2helai dan beberapa helai napkin+handkerchief.
** Jangan lupa asingkan untuk cabin bag; baju
2@3helai, mini towel, pampers beberapa keping, mini wet wipes and mini med kit
(minyak angin, koolfever, pcm). Macam kes Inara, touch down kat Madinah, orang
dah bukak seatbelt semua, dia boleh pulak muntah dengan jayanya dekat seat
pulak tu. So, kena la salin.
c)
Susu dan Pump Kit
Bagi anak yang fully BF, jangan lupa bawak pump
kit anda. Bawa botol air masak dan extra botol untuk susu dia. Untuk anak yang
minum formula, boleh bawak dalam air-tight container ataupun beli yang refill
pack tu je so tak perlulah nak bawak tin. Susu anak bawa extra pun takpe.
d)
Toiletries
Shampoo, sabun mandi, ubat gigi dan berus gigi.
Grooming set (sikat, getah rambut, sepit kuku, hair band etc). Satukan dalam
toiletries bag ataupun sealable plastic. Kalau nak bawakkan sunglasses, topi or mini tudung untuk anak pun tiada masalah.
3)
Med Kit
Ini boleh dikategorikan
sebagai penting jugak sebab faktor cuaca dan persekitaran mungkin tak sesuai
dengan anak. Bukanlah nak mintak anak sakit ke apa kan, tapi in case kalau dia
demam ke apa, kita dah tak perlu nak pergi ke farmasi cari ubat. Apa yang saya
bawak dalam kit Inara; thermometer, ubat demam (PCM), minyak angin, handiplast,
kool fever (for both head and body), iliadin @ sterimar (for selsema). Boleh
letak dalam mana-mana air-tight container yang sesuai untuk disimpan dalam
luggage. Jangan lupa hand sanitizer, wet wipes, lotion, and aloe vera gel
supaya kulit dia sentiasa lembab.
Inara sepanjang dekat Makkah
memang demam on off je, sampai habis ubat, dua hari sebelum balik tu terpaksa
beli ubat kat farmasi. Rupanya harga tak semahal ubat untuk dewasa, satu botol
PCM syrup tu SAR7 je.
**PASTIKAN UBAT-UBATAN YANG
DISEDIAKAN/DIBERI UNTUK ANDA ADALAH MENGIKUT PRESKRIPSI DOTOR/AHLI FARMASI
KERANA PEMBERIAN UBAT ADALAH MENGIKUT KUANTITI UBAT DAN BERAT ANAK ANDA.
PEMBERIAN UBAT YANG TIDAK MENGIKUT PRESKRIPSI ADALAH MERBAHAYA UNTUK ANAK-ANAK.
4)
Snek dan Mainan
Inara masa ni 1y3m memang
agak terhad jugak la snek untuk dia. Jangan letak semua dalam luggage nanti in
flight takde snek pulak. Perlu diingatkan , penerbangan mengambil masa selama
8jam straight (untuk penerbangan saya). Jadi, bawak je apa-apa untuk pastikan
anak berada dalam keadaan yang selesa.
Mainan dia saya bawak satu
plushie dia, mintak dia pilih sendiri yang mana satu dia nak bawak. Plushie
bawak janganlah yang besar sangat Bawak beberapa books favourite dia, dan
eraseable drawing board (beli dekat MR DIY). Saya jugak ada download beberapa
nursery rhymes dan cerita kegemaran dia supaya dia tak mudah bosan.
** Boleh beli beberapa mainan
yang baru untuk anak tapi jangan beri dahulu, keluarkan mainan satu-satu secara
rotation, once dia dah bosan dengan mainan sedia ada, boleh tukar ganti dengan
mainan baru.
5) Travel Gear
a)
Safety Rope
Ini memudahkan saya nak solat sebab tak tenang
hati nak solat dan takut dia berkeliaran tak tahu kemana lepas tu tak tahu nak
mecari kita semula. Saya ikat pada tangan dia, dan untuk saya, saya ikat pada
pergelangan kaki. Stokin ada, so tak lah risau kalau telekung terselak. Saya
lebih selesa yang ikat dekat tangan macam ni compared to yang pakai beg dekat
belakang tu, tapi it depends on parents selesa yang mana. Pakaikan dia ini,
beri dia books or erasable drawing boards or any toys yang boleh buat dia leka and
letak je kat depan kita or sebelah(kalau saf hujung) masa kita solat. Ataupun
boleh bergilir dengan husband untuk jaga anak. Budak-budak dekat sana
kebanyakannya lepas bebas macam tu je, setakat ni memang takde yang marah
kononnya menganggu solat ke apa.
Masa dekat Makkah, ada satu family ni from
middle east jugak rasanya, berkenan dengan strap yang saya guna tu, tahan saya
masa dalam perjalanan balik ke hotel, tanya saya beli kat mana. Saya dapatkan
strap ni dekat QQ Babyshop (RM19.90). Tapi, takkan lah saya nak cakap macamtu
jenuh pulak dia nak mencari. Saya suggest dia cari dekat any babyshop ataupun
lebih mudah buat online shopping
b)
Stroller
Cari yang foldable dan senang nak masuk cabin
flight. Stroller pun saya beli dari QQ Babystore, harga pun mampu milik sebab
stroller yang sedia ada, tersangatlah besar. Ini jenis umbrella fold, senang
bawak. Stroller ni penting ke? Pengalaman dan pendapat saya, penting.
Memudahkan perjalanan kita bila ziarah tempat-tempat bersejarah dan kawasan
sekitar Makkah&Madinah. Kalau biar dia berjalan takut dia penat dan kalau
selalu berdukung, kita pulak lenguh. Jadi bila dia dah penat berjalan,
mengantuk, nak tidur bolehlah tidur dalam stroller. Inara memang tak suka sangat
naik stroller, jadi kalau tak sebab dia penat ataupun mengantuk, memang
susahlah nak suruh dia stay dalam tu.
c)
Baby Carrier
Ini pun saya bawa untuk senang nak buat tawaf.
Stroller memang kena tinggalkan kat kawasan luar masjid jadi memang tak boleh
bawa untuk tawaf dan solat di kawasan dalam masjid.
Ini adalah senarai keperluan
yang saya sediakan sendiri untuk Inara. Feel free to use it. Andaikata ada
beberapa item yang saya missed out bolehlah tambah sendiri.
Masa saya menunaikan umrah, imunisasi Inara dah pun lengkap sebab dia dah setahun lebih. Tapi, sebagai tambahan, boleh dapatkan suntikan pneumococcal sebagai langkah pencegahan semasa berada di Tanah Suci. Dan jangan lupa untuk consult doktor terlebih dahulu mengenai tahap kesihatan anak sebelum pergi ke mana-mana negara luar. Mengenai suntikan pneumococcal, boleh rujuk post saya yang ini.
Untuk post seterusnya, saya
akan kongsikan pula pengalaman menunaikan umrah bersama si kecil Inara.
xoxo,
Airin Roslan
Comments
Post a Comment