VAKSIN PNEUMOCOCCAL: VAKSIN TAMBAHAN UNTUK ANAK ANDA


Pneumococcal Injection
Apa itu vaksin Pneumococcal?
Vaksin pneumococcal adalah satu vaksin yang diambil sebagai langkah awal untuk mencegah jangkitan kuman pada paru-paru(pneumonia), jangkitan darah, meningitis, dan juga jangkitan dalam telinga pada bayi anda yang disebabkan oleh bakteria streptococcus. Sekaligus dapat meningkatkan imunisasi tubuh badan si kecil.

Perlu ataupun tidak?
Terpulang kepada ibu bapa sebenarnya tapi personally said this dose is highly recommended. The environment nowadays; pollutions la, habuk debu la, asap rokok la, open burning la, asap ayam bakar, sate, ketupat dan rendang. Ok tak kelakar. Tapi, bukanlah bermaksud bilamana ambik suntikan ni je baby terselamat dari penyakit yang berkaitan, ini bertujuan untuk mengurangkan risiko bayi dijangkiti. Baby for me is so fragile, imunisasi badan dia baru nak build up so better prevent than cure kan.

Kos untuk satu suntikan? Berapa dos perlu diambil?
Vaksin ini memang agak mahal sikit la. Dos pulak ikut umur bayi, untuk Inara (masa ambik suntikan umur dia setahun 3bulan) 2 dos. GH memang tak provide suntikan ni, sebab ini cuma suntikan tambahan, boleh ambik kat mana-mana klinik swasta yang provide this vaccine.

My advise?
If parents out there bercadang nak ambik vaccine ni, list out dulu clinics berdekatan dengan anda, call them and compare each clinic’s price. Mungkin berbeza Rm10/20 tapi besar jugak tu nilainya dapat jugak la 3kali Happy Meal. Dapat 3 mainan. Highly suggested to call the clinic first because sometimes this vaccine is needed to be order/out of stock.

Perlu diingatkan juga yang suntikan ni ada 2 jenis iaitu Synflorix (melindungi dari 10jenis bakteria pneumococcal) dan jugak Prevenar-13 (melindungi dari 13jenis bakteria pneumococcal). Synflorix memang agak murah kalau nak dibandingkan dengan PVR-13. Setakat ni survey price Synflorix lebih kurang RM180 dan PVR-13 paling mahal RM290! So, make a wise choice yaa! Boleh jugak consult doctor untuk dapatkan dos yang terbaik untuk si manja anda!

PVR-13

Untuk penduduk sekitar Batu Pahat, bolehlah dapatkan suntikan vaksin ni kat Family Clinic Taman Flora. Doktor memang ramah, sempat jugaklah having small chat about vaccine and current health issue. After suntikan, dapat vitamin C chewable for Inara so takdelah dia menangis lama sangat.

Family Clinic Taman Flora, Batu Pahat

:: Penulisan adalah hasil pengalaman/pemahaman saya terhadap vaksin ini. Andaikata terdapat info/maklumat yang salah feel free to correct me yaa.


xoxo,
Airin Roslan

Comments

Popular posts from this blog

STARTING FRESH

PENJAGAAN GIGI BAYI