PENJAGAAN GIGI BAYI
Assalamualaikum and greetings,
Harini Inara ada routine checkup untuk lengkapkan jadual imunisasi dia. Last jab (18months) rasanya la. Dah kebetulan ada checkup, dan dia pun dah 1.7 tahun teruslah pergi klinik gigi sekali untuk dental routine check-up. Last cek gigi masa umur dia setahun, dan doktor ada pesan boleh datang every 6month untuk rutin dan biasakan dia dengan doktor gigi. So, this post is about Inara dental/oral care. Yeayy!
Toothpaste for babies? Bila start berus gigi?
Inara start berus gigi masa dia dah ada gigi sebatang dan apa yang saya guna untuk Inara berus gigi ialah ubat gigi Buds. Sebab ianya Organic dan selamat jika anak2 tertelan. Preservative free, no fluoride dan mengandungi natural xylitol which protects new formed teeth. For under one year boleh cari Buds Oral Care untuk gusi dan gigi dia, untuk permulaan boleh bersihkan sisa2 susu dekat lidah dia or sisa makanan bila dia dah mula makan tu dengan kain basah atau berus gigi khas untuk bayi yg masukkan dekat jari tu.( I didnt use that sebab nanti kena gigit) So that dia dah biasa dengan rutin untuk gosok gigi. Bila one year above, boleh tukar kepada children's toothpaste for 1-3 year, ada 4 perisa yang boleh dipilih, green apple, blackcurrant, peppermint and strawberry. Dekat Guardian ada. Toothpaste Buds boleh digunakan untuk children sampai umur 12 tau, choose Buds for children for 3-12 years, yang itu ada fluoride yang protects gigi from decays.
In Inara case, susah jugak la nak suruh dia willingly open her mouth to brush her teeth, at first (sekarang ada trick) even dah start awal pun. Penting untuk ibu agar hati dan jiwanya kental untuk tak meruntun jiwa mendengar anak melalak taknak gosok gigi. Kesian, tapi terpaksa pekakkan telinga sebab kita tahu kita dah buat segentle boleh.
Berus gigi untuk budak pun ada tahap jugak, boleh pilih yang sesuai dengan umur anak anda.
*Bila Inara dah pandai spit out, bolehlah tukar toothpaste. Buds agak pricey. Hahahah
Berapa lama waktu memberus?
Biasanya setiap baris gigi, saya praktikkan 8saat waktu memberus. Bangun tidur and sebelum tidur, (sometimes ada jugak terskip, haha sorry mochi). Setakat ni gigi depan dia ada 4 atas 4 bawah, geraham kiri kanan masing2 1 ketul atas 1 ketul bawah.
Kenapa gosok gigi anak penting?
First, supaya dia terbiasa dengan oral/dental hygiene. Tapi sebenarnya lebih kepada takut gigi dia rosak, lagipun masih gigi susu lagi which is rasanya lebih mudah rosak la kot especially kids yang agak sukar untuk elakkan dia dengan benda yang manis. Inara makan je biskut chipsmore la, roti berperisa la, susu kotak dutch Lady yang pi bubuh gambar Elsa tu lah. (idea siapa la tu tarik kids' interest). Itu lah yang paling saya sebolehnya elak untuk kasi dia, maybe once a week. And for biscuits, maybe few times a week. Nak halang susah, sebab Inara jenis mudah faham bila dia nak and kita kata sabar or esok ke or 'nanti, makan ni dulu baru boleh' ke, rasa kalau tak kasi macam mungkir janji la pulak. 😅
Inara's Dental care?
Rajinkan diri gosok gigi dia, sometimes dah habis brush tu kasi dia brush sendiri. She loves Frozen and Toy Story's characters so everytime nak gosok gigi cakap la Elsa nak gosok gigi, Buzz dah gosok gigi, so dia akan aaaaa dengan sendiri. Hahah.
Boleh ajar dia dengan cara dia tengok kita gosok gigi, buat la pelbagai aksi untuk tarik minat dia untuk menggosok, geli sikit kot tapi dia pun xtahu lagi geli tu apa. Hahaha.
Plenty of plain water, Alhamdulillah, Inara loveesss plain water, memang tiada versi wrestling paksa minum air masak. Lastly, agak susah sikit tapi boleh control and limitkan pengambilan which is sugary food. Reward for good thing they did contoh kemas mainan dapat sekeping biskut atau seketul coklat. Sometimes distract dia to other things yang buat dia lupa pada sweet treats. Macam Inara, her fav cartoon, coloring (read:conteng) or main masak-masak. Layan je dia sampai penat (kekadang mommy malas layan kalau ada aunties or nana kat rumah, they all yang kena paksa masuk playpen/tent dia). Seeloknya jangan bagi selalu/hari-hari. Selagi mampu elak, elakkan. Hehe.
Saya ada baca jugak yang jangan biarkan anak tidur dengan botol susu sebab nanti akan membuatkan bakteria berkumpul dan makan gigi. Inara tak reti pakai botol so I could skip on that 😅
*Post ni based on cara saya jaga gigi Inara dan kefahaman saya. Mungkin lain dengan sesetengah orang but feel free to share your thoughts and tips.
*Harapnya dapat kekalkan keadaan gigi susu dia ni untuk jangka masa yang panjang la. 😓
xoxo,
Airin Roslan
Comments
Post a Comment